: Sat, 21 May 2011
Saturday, May 7, 2011
Thursday, May 5, 2011
Satria Neo Super 2000
Techical data
- Engine naturaly aspirated, 1998 ccm
- Power BHp / rpm 280/7800
- Engine Torque 271/7000
- Engine Placement Front transversaly
- Engine Cylinders 4 in line
- Engine Valves 16
- Engine Cams DOHC
- Maximum RPM 8500
- Diferentials ???
- Wheels Driven 4x4
- Transmision X-trac 6-gear sequential
- Top Speed 170-190
- Brakes mm Front and rear 300 (Gravel) 350(Tarmac)
- Suspension ???
- Length mm 3900
- Width mm ???
- Heigth mm ???
- Wheelbase ???
- Weigth FIA minimum 1100 tarmac, 1150 gravel
- Rims 15" gravel 18" tarmac
Monday, May 2, 2011
myvi replace
Perodua’s new MD Aminar Rashid Salleh unveiled toUtusan Malaysia that we can expect a new Perodua Myvi somewhere around April 2011, with a Myvi SE to be launched a couple of months later around June 2011. He also revealed that a new 1.5 liter variant of the Myvi is in the works. This makes sense since they are already making the transverse-install front wheel drive 1.5 liter 3SZ-VE engine for the Alza, why not put it in the Myvi?
Apparently the new Myvi will have a new look. It’s actually about time for the Myvi to be refreshed, so Perodua is pretty much on schedule for a typical 5 year lifecycle with a facelift in the middle. The Myvi was launched in May 2005 and after 5 years, time for a replacement in the first half of 2011. If you remember, in mid-February we saw the Myvi’s Japanese cousin refreshed with a new look. Frankly, I don’t expect the Myvi to look 100% like that model as with each new rebadge product, Perodua has been moving away further and further from the JDM model’s exterior and interior.
I feel Toyota/Daihatsu has been slowly moving their JDM models to target specific niche markets with very tailor-made products. They have so many little cars based on the same platform over there in Japan, and from the marketing material of the new Passo/Boon, it’s quite obvious that the car is now targeted towards young ladies. In Malaysia, the Myvi is a unisex mass market car, so I’m expecting both exterior and interior styling to differ significantly in the details, while generally keeping the same shape.
Look at the related link below to find out more about the new Passo.
Saturday, April 2, 2011
Saturday, January 22, 2011
Wednesday, January 5, 2011
Wednesday, December 15, 2010
Friday, December 25, 2009
Tip Penjagaan Enjin
.jpg)
Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan.
Sebelum hidupkan enjin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin.
Bila enjin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan.
Thursday, December 17, 2009
Tips Jimatkan Petrol Kereta Anda
Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan
itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi
penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli
sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat
berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga
menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan
petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap
dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.
Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal
minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang
berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol
sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.Di
samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga
menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda,
mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti
menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat
membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan
petrol pada kadar lima peratus.
Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas
bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut. Enjin dalam
keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas
sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana
untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer
dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.
Tip
1.Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu
memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel
untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan
menggunakan spana.2.Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan
sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia
kotor, anda perlu membersihkannya. 3.Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat
maka penggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa ke bengkel untuk
pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan anda sering dimati dan dihidupkan.
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah
Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain
pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat,
hospital atau memenuhi temu janji.
Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’.
Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak,
biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta
manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila
bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan.
Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah
segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama,
kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat
digunakan untuk kereta automatik.
2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan
lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan
menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini
dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya
motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak
starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam
keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda
daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter
berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin
dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.
Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem
petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin
EVO 6.5 Tommi Makinen

Di kalangan pemilik mahupun pecinta model legenda EVO, memiliki sebuah model terhad EVO 6.5 Tommi Makinen tentu sahaja merupakan sesuatu yang amat membanggakan, lebih-lebih lagi apabila ianya disusuli dengan pelbagai modifikasi dan tingkat taraf. EVO 6.5 Tommi Makinen yang mula diperkenalkan pada tahun 1999, merupakan edisi terhad EVO VI yang dikeluarkan bersempena dengan kejayaan pemandu rali pasukan Mitsubishi Tommi Makinen, yang berjaya menjadi juara WRC sebanyak empat kali.
| Spesifikasi GilaKereta | |
| Pengeluar | Mitsubishi |
| Model | Evolution 6.5 Tommi Makinen Edition |
| Tahun | 1999 |
| Enjin asal | 4G63T |
| Modifikasi Enjin & Komponen | Camshaft JUN 272, spring injap JUN, cam pulley boleh laras HKS, pelaras petrol SARD, injektor 700cc SARD, pam petrol Walbro, injap pelepas tekanan GReddy, tangki perangkap minyak GReddy, penapis udara Blitz, intercooler AMS, radiator aluminium, unit pengurusan enjin HKS F-CON V-Pro |
| Ekzos | Sistem ekzos titanium JIC Magic |
| Transmisi | Plat klac berkembar HKS, LSD GDPro Ralliart |
| Suspensi | Sistem suspensi GAB Pro |
| Brek | Cakera & kaliper Brembo, pelapik brek Project MU |
| Rim & Tayar | Advan RG 17-inci & Falken 225/45ZR-17 |
| Modifikasi Luaran | Bonet depan karbon fiber Charge Speed, bonet belakang karbon fiber Monster Sport, cermin sisi Ganador, spoiler GT C-West, skirt dan diffuser rekaan khas |
Monday, December 14, 2009
Penjagaan Gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah(bergantung pada jenis kereta).Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).
//
Saturday, December 12, 2009
Penjagaan Minyak Brek
Wednesday, December 9, 2009
TIP Penjagaan Kereta (Sistem Aircon )
Menjaga Sistem Aircon
Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas. 5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'.7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.
TIP penjagaan kereta (Minyak Enjin)
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak Enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak Enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak Enjin.
Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, minta meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak Enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak Enjin.
PERODUA KANCIL - THE MATRIX

PERODUA KELISA

Arowana jalanan ini telah ditamatkan pengeluarannya jauh lebih awal berbanding Kancil. Bukan kerana ia tidak berjaya, tetapi keperluan untuk mewujudkan model gantian yang lebih menarik mengikut kehendak pasaran. Asyik buat special edition je, boring jugak!Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Disember 2009…
Spesifikasi GilaKereta
Pengeluar
Perodua
Model
Kelisa
Tahun
2004
Modifikasi luaran
Kit badan lengkap Mira Gino 2002, spoiler Cuore TR, set roof rack Gino
Modifikasi Enjin & Komponen
Komponen enjin dikromkan, penapis udara aftermarket, penstabil voltan Raizin
Ekzos
Standard
Transmisi
Manual 5 kelajuan
Suspensi
GAB
Brek
Standard
Rim & Tayar
Rim Titan 15-inci & Silverstone FTZ 175/50R-15
Bengkel
NIL
Tuesday, December 8, 2009
DAIHATSU CHARADE DECO…DECO…DETO…

Kita banyak terdedah tentang Charade Detomaso, tapi tahukah kita siapa sebenarnya Detomaso yang namanya tak berapa nak Jepun, tapi begitu sinonim dengan sebuah kereta buatan Jepun. Detomaso Modena Spa merupakan syarikat yang dibuka oleh Alejandro De Tomaso pada 1959. | ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
TOYOTA COROLLA LEVIN AE86 GENKI PANDA

Setelah sekian lama timbulnya ura-ura mengenai kemunculan semula AE86 di pasaran, pihak Toyota akhirnya mengotakan janjinya dengan memperkenalkan model tersebut kepada umum sewaktu pameran Tokyo Motor Show yang telah diadakan baru-baru ini.
Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Disember 2009…
| Spesifikasi GilaKereta | |
| Pengeluar | Toyota |
| Model | Levin AE86 |
| Tahun | 1984 |
| Modifikasi luaran | AE86, spoiler TRD, bonet pin Sparco |
| Modifikasi Enjin & Komponen | 4AGE 20-injap Silvertop, kepala silinder Blacktop, piston Toda, crank pulley ringan, cam pulley Toda, spring injap Toda, trumpet rekaan khas, pam Walbro, regulator Sard, tangki perangkap minyak Cusco, Haltech X6 |
| Ekzos | Manifold Jasma, paip 2-inci, peredam bunyi rekaan |
| Transmisi | Kotak gear 5 kelajuan LSD, klac TRD |
| Suspensi | Tein (depan), Koni (belakang) |
| Brek | AE86 |
| Rim & Tayar | SSR MKII 14-inci & Advan Neova 185/60R-14 |
| Bengkel | NIL |






