Thursday, December 17, 2009

EVO 6.5 Tommi Makinen


Di kalangan pemilik mahupun pecinta model legenda EVO, memiliki sebuah model terhad EVO 6.5 Tommi Makinen tentu sahaja merupakan sesuatu yang amat membanggakan, lebih-lebih lagi apabila ianya disusuli dengan pelbagai modifikasi dan tingkat taraf. EVO 6.5 Tommi Makinen yang mula diperkenalkan pada tahun 1999, merupakan edisi terhad EVO VI yang dikeluarkan bersempena dengan kejayaan pemandu rali pasukan Mitsubishi Tommi Makinen, yang berjaya menjadi juara WRC sebanyak empat kali.

Spesifikasi GilaKereta
Pengeluar Mitsubishi
Model

Evolution 6.5 Tommi Makinen Edition

Tahun 1999
Enjin asal

4G63T

Modifikasi Enjin & Komponen Camshaft JUN 272, spring injap JUN, cam pulley boleh laras HKS, pelaras petrol SARD, injektor 700cc SARD, pam petrol Walbro, injap pelepas tekanan GReddy, tangki perangkap minyak GReddy, penapis udara Blitz, intercooler AMS, radiator aluminium, unit pengurusan enjin HKS F-CON V-Pro
Ekzos Sistem ekzos titanium JIC Magic
Transmisi Plat klac berkembar HKS, LSD GDPro Ralliart
Suspensi Sistem suspensi GAB Pro
Brek Cakera & kaliper Brembo, pelapik brek Project MU
Rim & Tayar Advan RG 17-inci & Falken 225/45ZR-17
Modifikasi Luaran Bonet depan karbon fiber Charge Speed, bonet belakang karbon fiber Monster Sport, cermin sisi Ganador, spoiler GT C-West, skirt dan diffuser rekaan khas

No comments:

Post a Comment