Thursday, December 17, 2009

Tips Jimatkan Petrol Kereta Anda

Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah.
Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan
itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi
penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli
sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat
berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga
menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan
petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap
dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.
Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal
minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang
berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol
sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.Di
samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga
menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda,
mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti
menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat
membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan
petrol pada kadar lima peratus.
Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas
bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut. Enjin dalam
keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas
sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana
untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer
dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.
Tip
1.Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu
memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel
untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan
menggunakan spana.2.Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan
sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia
kotor, anda perlu membersihkannya. 3.Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat
maka penggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa ke bengkel untuk
pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan anda sering dimati dan dihidupkan.
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah
Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain
pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat,
hospital atau memenuhi temu janji.
Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’.
Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak,
biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta
manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila
bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan.
Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah
segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama,
kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat
digunakan untuk kereta automatik.
2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan
lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan
menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini
dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya
motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak
starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam
keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda
daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter
berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin
dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.
Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem
petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin

No comments:

Post a Comment